BEKAM / HIJAMAH

December 03, 2019

Assalamualaikum readers

Ifa nak announce yg Ifa ngan husband ada melakukan rawatan berbekam taw.

Pernah bekam tak? siapa2 yg pernah bekam, mesti tahu apa kebaikan bekam. Tapi, sebelum Ifa share kebaikan berbekam, meh ifa share apa itu bekam.

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Bekam ni ada beberapa jenis.

BEKAM KERING
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.

BEKAM BASAH
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih. Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.

BEKAM API
Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.

Jom tengok apa kebaikan berbekam:

  • Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam pengubatan.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh badan.
  • Mencuci darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  • Mengeluarkan darah bertoksid dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Dapat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
  • Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
  • Dapat mengatasi sakit kepala, migrain dan sakit gigi.
  • Mengatasi dan melegakan gangguan tekanan darah tinggi.
  • Merawat berbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden.
  • Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
  • Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah.
  • Membantu menajamkan penglihatan dengan membetulkan urat saraf yang tersumbat. Peredaran darah kemata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
  • Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
  • Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
  • Bermanfaat ketika mengalami gangguan rahim dan terhentinya menstruasi bagi wanita.
  • Bermanfaat ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
  • Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis serta penyakit diabetis.
  • Bermanfaat mengatasi pericarditis (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
  • Menghilangkan masalah sukar tidur.
  • Membuang tabiat merokok.
  • Mengatasi masalah lemah tenaga batin.
  • Mencantikkan wajah dan menimbulkan seri (bekam di muka)
Banyakkan kebaikan bekam?? tak rugi taw kalau berbekam. dapat jaga kesihatan pahala hidupkan sunnah Rasulullah pon dapat


ni pakej rawatan bekam kami

Ifa dan husband guna konsep mobile bekam.Mereka yang memerlukan rawatan, kami akan ke lokasi mereka. Mudah untuk menerima rawatan dan selesa. 

Untuk dapatkan rawatan bekam, boleh hubungi kami:

0197590535 - Afiq
0137183693 - Afifah

JOM BERBEKAM!! AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DISAMPING MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH




You Might Also Like

0 panel

Instagram