Langkawi Trip 2019
August 08, 2019Assalamualaikum
Posting kali ni ifa nak share trip ifa ke Langkawi dengan beloved husband. Terima kasih cinta sebab bawak datang sini.
Lama gila weyh nak dtg sini.. Pastu masa awal-awal kenal dengan husband, dia ckp dia pernah kerja kat Langkawi. Korang search la Datai Resort. Dulu dia kerja sana. Tu yg dia "racun" Ifa habis-habisan untuk pergi Langkawi. Siap gerenti Ifa akan ketagih nak dtg Langkawi selalu.
So,, here we are.. Ifa share sikit2 la apa yang ifa buat ngan husband dan berapa total RM kitorang spend kat sana.
So, kitorang gi Langkawi 28 sampai 31 Julai 2019 (4 hari 3 malam). Kitorang travel ke Langkawi naik Air Asia. Kitorang beli tiket December 2018. So, ada masa panjang sikit la nak kumpul duit untuk kat Langkawi.
Kat Langkawi, kitorang stay kat Shell Out Chalet, Pantai Chenang. RM330 utk kitorang stay 4 hari 3 malam. Serius best chalet ni. Breakfast included.
Hari ahad kitorang sampai, kitorang just chill je kat tepi pantai. Chalet yg kitorang stay ni sangat2 berhampirang dengan pantai. dalam 5 minit dah sampai. Kat pantai tu pulak ada satu cabin ni, jual western ngan nasi lemak. Jadi, memang jadi tempat kitorang lepak je la.
Kat cabin tu mlm ada busking, kalau korang nk tunjuk bakat, brother2 tu sporting bagi korang nyanyi dan main gitar. Kat pantai Chenang tu, malam2 korang boleh tengok pertunjukan api. Kalau korang nak tgk "free show" pon ada. Cuma tahan tak tahan mata je la. Korang faham kot apa yg ifa cuba smpai kan?? hehehe. Kalau korang nak lagi banyak choice makanan, jangan risau. kat Chenang ni ada banyaaaaakkkkkkk pilihan makanan. nk fast food 24hours pon hado.. food truck pon ada.. korang just kene jalan kaki sikit la.. menapak kat area Chenang ni. no worries guys. Manapak tak jauh pon. ifa rasa dlm 15 minit abes dah uall round Chenang dengan BERJALAN KAKI.. it worth the effort la omputeh cakap.
So, kitorang start berjalan on the next day, hari Isnin. untuk mereka yg berdua je,, or single, digalakkan korang sewa je la motor. Jimat minyak dan murah. no worries, kat sini memang bnyak perkhidmatan sewa motor. sehari / 24jam dikira RM35.
First destinantion kitorang ialah Air Terjun Telaga 7. masa kitorang sampai, masa tu takde orang lagi. semangat punya pasal kan? pepagi buta dah panjat naik. tapi tak sampai atas la. sampai air terjun yg bawah tu je. tapi kan,, cantik sangat kat situ. tu baru view kat bawah. kalau sampai atas,, mesti lagi cantik.
kitorang tak stay lama kat sana. lepas tu kitorang teros gi Makam Mahsuri. Ifa tataw kenapa bila sampai sini, hati jadi sayu. maybe bila teringat sejarah beliau. rasa berdebar pon ada. yelah,, selama ni dok baca, tgk kat youtube. tapi kali ni sendiri yg jejak kaki.
Lupa nak ambil gambar rumah Mahsuri sebab rushing nk ke Wild Life Park. Teruja sebab banyak haiwan dan paling penting boleh bagi makan kat diorang.
Lepas kat WildLife, kitorang balik semula Chenang untuk makan tengah hari. kitorang makan laksa yg Mark Weins suggest tu. sekali ngan pasemboq. sedap weyh,, tp tak leh challenge laksa Chef Afiq la.. kuah dia tak berapa pekat.
Lepas makan kitorang balik bilik untuk solat. Lepas tu teros kluar pegi Under Water World. for your info, Under Water World ni dekat bebenor ngan chalet yg kitorang stay. jalan kaki jeerrrr.. dlm 7 minit sampai dah.
Nak nangis kat sini.. terlalu cantik, terlalu besar kekuasaan dan keagunagn ciptaan Allah. Speechless. lama Ifa stay kat stp aquarium. perhati semua yg ada. pada ifa, worth the money la bayar untuk masok sini.
So that's it for our Monday. kitorang abes kan masa lepas tu dengan lepak kat bilik. malam mcm biasa, lepak pantai.
Lupa nak shre, before kitorang balik Chenang, kitorang ada singgah Minyak Gamat Nusantara. Beli balm pala ngan minyk gamat. dari jauh dah bau dah minyak gamat. ingatkan nak tgk mcm mana diorang buat. tapi takde sesiapa kat bilik tu. so ifasnap dri luar je.
The next day, mcm hari sebelumnya, kitorang keluar awal pagi. teros gi Langkawi Cable car. Alkisahnya masa tu public holiday rupanya.. sepatutnya buka kol 8.30am, tp delay 9am. Nasib baik la setengah jam je tunggu. Excited sebab yg pertama naik cable car pagi tu.. hehehe.
ifa tak tahu nak ckp mcm mana. CANTIK!! terlalu cantik. rasa nak stay atas ni. tak nak turun. sbab cantik sgt3.. subhanallah.
Move on. after Cable car, kitorang masok 3D art gallery. by the way, yg ni free entrance taw kalau uall beli tiket kombo. kalau tak silap, RM45 per head. Naseb baik free entrance. kalau tak rasanya tak masok sini. hehehe
Lepas kat 3D art, kitorang gi Dataran Lang. at last, dapat jugak tgk helang besaw ni depan mata sendiri.
than after that, kitorang pegi Haji Ismail Group. Beli coklat!!!!! hehehe
banyak tak? hehehe.. gila weyh.. banyak sgt nk beli. tp tak bole.. kitorang siap beli laguage extra sebab nk bwk balik coklat. adeyh.
than mlm tu kitorang just chill and relax kat pantai chenang.
honestly, berat benar rasa nak balik. tak nak balik. siap berangan nak duduk Langkawi tu je.
pada pandangan ifa la,, tak de tmpat yg boleh lawan langkawi setakat ni. best sgt3 kat sini.
kat bawah ni ifa share total perbelanjaan kitorang kat sana
sebenarnya masih boleh jimat. kalau korang pergi sendiri andtak masok semua park yg ada
So,, that's it. sedikit sebanyak yg ifa boleh share tentang trip kitorang kali ni. hopefully dapat membantu korang yg baru nk jejak kaki kat Langkawi.
by the way, husband ada buat video sepanjang trip kami. korang boleh tgk kat sini :





















0 panel