i'm johorean

October 02, 2011





Tahukah Anda: Jata Negeri JOHOR

Jata negeri Johor mula diwartakan sebagai jata rasmi kerajaan pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Mahkota pada jata bermaksud kedaulatan Sultan Johor sebagai pemerintah negeri Johor. Dua ekor harimau yang memegang perisai bermaksud keberanian. 

Pada perisai pula, anak bukan dan bintang di bahagian tengah perisai melambangkan Islam sebagai agama rasmi kerajaan Johor manakala 4 bintang kecil pada setiap penjuru perisai mewakili 4 daerah asal dalam negeri Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Sedili. 

Corak awan larat pada jata negeri pula adalah simbolik mewakili gambir dan lada hitam sebagai hasil tanaman utama negeri pada masa itu. Akhir sekali di bawah jata negeri Johor terpampang satu banner dengan cogan kata rasmi negeri Johor iaitu Kepada Allah Berserah. sumber: laman web rasmi JOHOR
-tim-


status : 
sgt mncintai JOHOR !!!!

You Might Also Like

0 panel

Instagram